PEMBUKAAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt.

Selamat Datang Ke Lembah Coretanku.


Sebelum anda scroll dan membaca, TERIMA KASIH banyak kerana singgah di blog saya.

TERIMA KASIH sudi membaca karya-karya saya.

"Menulis adalah ruangan hati yang tersembunyi".

Wednesday, July 2, 2025

Sira

 





[ Video ]

𝙈𝙖𝙣𝙜𝙪. 🙎‍♂️





Ketika sangkala senja

melekati di penghujung;

Suara gemuruh air laut melambai 

seakan mengucapkan salam; 

sembari melagukan nyanyian ombak 

merdu meretakkan kesunyian sehingga 

menjilati kaki pantai; 


Bergemaung di titian indra,

menjadikan aku bungkam, termangu, 

dan menyengap tak terkata. 


Wahai hati yang menatap senja dalam malu, 

air laut yang menelusurimu tak pernah usai. 

Cubalah berdamai dengan retakan realitas; meskipun ia nampak pelangi dalam mendung, 

rehat sejenak. 


Tak MENCARI

Tak MENGUNDUR.


Berdiskusi dengan ilahi;

Semoga di beri haluan nalar.


TITIK. 




Prosa Ilustrasi | 01 Juli 25 | 06:37pm








No comments:

Post a Comment

Sira