[ Photo ] 𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞 𝙃𝙞𝙙𝙪𝙥. |
Ilahi, aku ingin wicara dengan-MU sebentar.
Kehadapan pagi yang bermetamorfosis mendamari suasana sekitar.
Syukur alhamdullilah kehadirat-MU. Sebagai penyewa di bumi yang engkau ciptakan;
hidup berpandukan kiblat dari-MU wahai Sang Pencipta;
Apabila aku di ciptakan dan aku bangkit celik mata melihat keademan dari-MU
mewujudkan paksi-paksi bumi dari tanah sampai ke langit, merangkai dan melakar
setiap pelosok lorong-lorong untuk penghuninya menghayati alam yang dibangunkan.
Ia bagaikan preologi mirip delusi tapi iya adalah nyata. Di hiasi tumbuhan dan air
untuk manusia seperti aku menikmati aromanya.
Sebagai insan yang berlari mengenal dunia-MU,
aku terpaut dengan ilusi yang berada di sekitarku,
Ia nyaman tapi mealpakanku,
Ia girang tapi aku melupakanmu,
Ia bahagia tapi ia adalah sebuah penyesalan.
Aku ini hanyalah perlakun layar yang mempunyai pelbagai watak sampingan di
dalam dunia penuh pementasan ini.
Aku lupa akan sejadah di dahi,
Aku lupa akan tadah tangan untuk aku syukuri,
Aku lupa dosa itu berat di bahu kiri.
Sebelum aku menutupkan usiaku ini,
Sebelum bilikku menjadi ruang yang gelap,
Sebelum engkau memanggilku,
Berikanku kesempatan sujud pada-MU.
Aku belum siap menggantikan bajuku ke kain berwarna putih
dan aku juga belum siap menjawab pertanyaan-MU nanti.
Adakah hari esok ada episod lagi untuk aku?
Engkau saja yang mengetahuinya.
Qulhu Allah.
Prosa Ilustrasi | 09 November 20 | 08:17am
No comments:
Post a Comment