[ Photo ] 𝙋𝙖𝙣𝙤𝙧𝙖𝙢𝙖 𝙆𝙧𝙖𝙗𝙞. |
Di sini aku duduk memindai wajah langit.
Deburan arus memukul laut lalu datang ke tanah
dan ia bolak-balik setiap masa tanpa rasa resah dan penat.
Awan yang tidak beratap beralih;
tidak mengira masa dan ajang.
Tidak peduli sama sekitarnya.
Simfoni alam berbunyi tanpa henti.
Mengalunkan tuturan yang tidak terdakap.
Yang tidak mencari ruang untuk menembusi.
Yang menyebarkan alunan melalui mata masa.
Aku ingin ikut ke mana-mana ia pergi.
Bebas dari dunia yang sedang sibuk di terokai.
Terima kasih alam ilahi.
Engkau sempurna.
Memberi nikmat yang tidak terucap.
Menjadi sinar di hati.
Terima kasih sekali lagi
wahai ilahi.
Prosa Ilustrasi | 01 Ogos 18 | 03:32pm
No comments:
Post a Comment