PEMBUKAAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt.

Selamat Datang Ke Lembah Coretanku.


Sebelum anda scroll dan membaca, TERIMA KASIH banyak kerana singgah di blog saya.

TERIMA KASIH sudi membaca karya-karya saya.

"Menulis adalah ruangan hati yang tersembunyi".

Friday, April 23, 2021

Wednesday, April 21, 2021

Sampainya Ramadhan 2021

 






[ Photo ]
Ramadhan 2021 🌜🌙.




Tanggal tigabelas april pada tahun duapuluh duapuluhsatu;

Ketika sapaan merah kekuningannya mentari,
Memberi duaja untuk terbenam di muka bumi,
dan alunan syair adzan bergema di pelusuk dunia;

Bulan suci ini kembali lagi;
Yang aku tunggu pada sebilang tahun, 


Ramadhan Kareem.


Sejenak fikir adakah wajar aku bertemu denganmu?
Layakkah aku berjumpa?
Boleh aku mengelolanya?
Di bahuku penuhi debu-debu dosa yang belum surut di mamah bumi;
Bergelimang dosa menggunung setinggi-tingginya,
Amal ibadah belum di persembahkan,
Dosa mengalir deras gentayangan,
Aku ini adalah pendosa di bumi-MU.


Tiap selangkah setahun,
Usiaku berganjak;
tetapi adakah amalku berganjak?


Dengan hadirnya ramadhan di tahun duapuluh duapuluhsatu ini,
Aku ingin merevisi diri dan dekatkan diriku kepada rabbul izzati,
di sepanjang hari.


Ampunilah dosa-dosaku.


Kepada siapa lagi aku mengadu?


Pada-Mu jua aku kembali.


Amin.



                                                                                                    Prosa Ilustrasi  | 13 April 21 | 05:47pm

Ujian