[ Photo ]
Tatkala ini tidak terasa usai menginjak di penutup musim.
Daur saling bersulih,
Tidak di duga berlayar dengan derasnya alunan tempo;
Kurasakan ringkasnya durasi di tahun 2020 ini,
mengecap cabaran-cabaran elusif untuk di khilafkan;
mementomori 2020 seakan-akan tiada sinyal binar,
mengharungi dunya pandemik covid19 menjadi setitik harapan palsu.
Ilahi,
Aku tahu warsa 2020 bukannya durjana tetapi binar.
Engkau memberi tentaman hebat untuk manusiawi berfikir sejenak.
Aspirasiku, covid19 berlayar ke nan samudera langit tinggi,
usah perlu mampir lagi di bawah langit yang tak beratap ini.
Semoga tiada setetes air mata jatuh merebah bumi dan tiada
pernah mengkhianati hati lagi dek kerana covid19.
Di gelombang warsa 2021 baharu menjelang tiba,
Yang diharapkan menjadi ribuan sosok pelangi indah setelah badai berlalu.
Prosa Ilustrasi | 31 Desember 20 | 11:03pm